Friday, November 27, 2015

Danish Butter Cookies

Danish Butter Cookies

250 gram pure butter scs salted /anchor/buttercup
1 1/4 cawan gula castor(xsuka manis 1cwn ckp)
4 1/4 cawan tepung red rose/tpg cookies/tepung gandum(*1/2 sudu teh baking powder)
Secubit garam halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

Pukul butter telur kuning dan gula sehingga sebati..masukkan esen vanilla dan tepung gaul sebati..siap..terap dan bakar 160c selama 20 minit sehingga garing biskut.siap..

Kalau pakai tepung gandum kena tambah baking powder utk ringgankan biskut.
Kalau tepung red rose atau tepung cookies tak payah letak baking powder . Sebab tepung ini khas untuk buat biskut ranggup

Monday, October 5, 2015

KETUPAT DAUN PALAS SAMA RENDANG AYAM MINANG

resepinya
========
1 kg beras pulut
2 biji kelapa parut ambik putih sahaja
perah bersama 1 liter air agak2 lembut pulut
garam secukupnya 1 sudu teh
2 helai daun pandan

caranya
======
masak santan bersama garam dan daun pandan sehingga naik buih jgn sampai mendidih..masukkan pulut kacau sentiasa sampai kering santan dan sebati dengan pulut...angkat dan sejukkan sebelum dibalut dengan daun palas..pulut yg telah digaul sebati ni mmg mentah tak perlu kita masak didlm santan sehingga masak sbb nanti kita akan rebus pulak ketupat nnt.

ketupat palas yg dh siap dibalut masukkan kedalam rice cooker masukkan air sehingga tenggelam ketupat rebus sehingga kering air..siap

Ketupat utk 2kg
==============
2 kg santan pekat tambah 2 cawan air tapis santan utk buang hampas sebab santan yg saya beli kurang lemak..kalau pakai kelapa pakai 4 biji kelapa ya.perah jadikan 2 liter santan..
2 kg beras pulut basuh dan toskan
1 sudu besar garam
2 helai daun pandan

Panaskan santan garam dan daun pandan sehingga berbuih2 jangan sampai mendidih tau santan...dan berbuih dan naik wap..masukkan beras pulut kacau dengan senduk kayu tanpa henti sehingga pulut kering dan sebati dengan santan...dah kering angkat pulut tadi sejukkan sebelum dibalut....siap semudah abc sahaja..balut la mcm mana pun janji jadi ketupat palas kan.pulut ni memang mentah xpayah masak sampai pulut masak sbb nanti kita nak rebus lg kan..

Ketupat yg siap balut masukkan dalam periuk alaskan dengan daun palas yg lebih tadi..baru susunkan ketupat dalam periuk..masukkan air sehingga tenggelam ketupat dan rebus sehingga kering air..jangan sesekali pandai2 buka tudung periuk kerana nanti ketupat bila kena air wap tudung ketupat akan berubah menjadi kuning dan tak cantik...
Bila dah kering air angkat tudung periuk cepat2 supaya air wap td tidak masuk dan kena ketupat . ...okehhh...
Sejukkan dan boleh dingap dengan rendang ayam dan gulai...


Ayam masak rendang minang

Ayam sekor potong kecik

Bahan blender
1 inci halia
6 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
15 biji cili kering rendam air panas
1 sudu teh jintan manis serbuk

2 helai daun limau perut
1 helai daun kunyit
Garam gula secukupnya
500 ml santan pekat

Masak bahan blender td bersama santan sehingga pecah minyak . Masukkan ayam msk sehingga sedikit kering. Perasakan sesedap rasa last masukkan daun kunyit dan daun limau perut . .siap



Thursday, September 10, 2015

TOMYAM STEAMBOT

Sos cicah steambot

3 biji cili merah
4 ulas bawang putih
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar kicap masin/manis
1 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk maggi secukup rasa
1 sudu teh gula
Daun ketumbar sikit dalam 1 sudu besar
1 cawan air
1 sudu besar minyak bijan/minyak biasa

Blenderkan sebati dan lumat semuanya.
Masakkan semua sehingga pekat.siap
Kacang tanah goreng atau bijan utk tabur atas kuah.

Kuah tomyam
4 sudu besar pes tomyam
2 batang serai ketuk2
Halia 2 hiris
2 helai daun limau perut
1 labu kecil bawang besar
500 ml air
1 sudu teh serbuk maggi secukup rasa
2 sudu besar sos ikan nampla
Rebus seperti biasa...siap

Bahan steambot
Bebola ikan
Fish cake
Isi ayam
Isi daging
Sotong
Tauhu kering
Suhun
Maggi kering
Telur
Sayur kangkung
Carrot
Cendawan
Semua bahan2 ni terpulang atas citarasa sendiri...tiada hal puya

Thursday, August 6, 2015

Lamb chop

Lamb chop

6 keping daging kambing basuh dengan tepung gandum dan toskan

resepi perapan lamb
==================
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh black pepper
1 sudu teh serbuk mixs herb
1/2 sudu teh lada sulah
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos black pepper
1 sudu teh brown sugar

gaul suma bahan2 ni ngan daging n lamb perap selama 2 jam.Baru digrill atas pan atau guna pemanggang  ajaib  20 minit  siap..

Sayuran carrot dan brokoli dicelur
Kentang goreng

Sos tomato
BAHAN A
2 biji tomato
3 ulas bawang putih
Separuh bawang besar
Sedikit carrot
3 sudu besar minyak zaiton
Digoreng sehingga layu dan hancur buah tomato

BAHAN B
2 sudu besar serbuk sup cendawan knor
1 sudu teh serbuk secukup rasa
1 sudu teh lada hitam hancur
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos black pepper
2 sudu besar sos tomato
Sedikit garam
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
1 sudu besar mentega/marjerin

Tomato yg dh layu diblender bersama2 bahan B

Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat...siap...dihidang bersama lamb chop dan sayuran celur jugak kentang goreng..mabelesss

Wednesday, August 5, 2015

Bihun Soto Ayam

Bihun Soto ayam

Separuh ayam potong 2

Bahan blender
===========
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk sup adabi
1 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh lada hitam

Bahan B
=======
2 helai daun pandan
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Tumis bahan blender..1.5 liter air..mendidih masuk ayam..masukkan bahan B..biar ayam masak..angkat ayam goreng sehingga garing dan siatkan ayam
Utk tabur atas sup.kuah sup td ditaburkan daun bawang daun sup juga bawang goreng ...siap..

Nasi impit/bihun/mee/ketiauw
Hiasan daun bawang/sup.bawang goreng

Cili kicap
=======
15 biji cili padi
1/4 cawan Kicap manis
3 ulas bawang kecil
Blender sebati siap

Bergedil
=======
4 biji kentang rebus lenyekkan
1 sudu teh serbuk secukup rasa maggi
Garam secukup rasa
Daun sup daun bawang
1/2 telur dan 1/2 lg utk goreng bergedil
Sedikit isi ayam hancur blenderkan
1 sudu besar tepung gandum

Gaulkan sebati dan bulat2 kan.celop kedalam telur dan goreng sehingga garing

Saturday, August 1, 2015

PAJERI REBUNG BETING

Pajeri Rebung
1 1/2 peket rempah kari daging
1 sudu teh serbuk cili babas
1/2 inci halia
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit air
Bahan ni blender bersama rempah

Bahan tumis
1 labu bawang besar mayang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1/2 inci halia mayang
2 pelepah daun kari

Rebung yg direbung dulu sehingga emouk dan lembut basuh buang air.
200 ml santan pekat
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar gula merah
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
500 gram udang

Tumis bawang sehingga garing masukkan rempah td masak sehingga pecah minyak dan wangi...dh pecah minyak masukkan rebung dan 2 cawan air rebus sehingga sedikit kering..masukkan udang garam gula air asam jugak santan biar mendidih sehingga santan pecah minyak...siap



Wednesday, July 29, 2015

Meatball Bersama Sos Ala2 Ikea

Meatball sos ala2 ikea

10 -15 ketul meatball cap ramli atau apa2
Digoreng dengan minyak zaitun garing

Sayuran carrot dan brokoli dicelur
Kentang goreng

Sos tomato
BAHAN A
2 biji tomato
3 ulas bawang putih
Separuh bawang besar
Sedikit carrot
3 sudu besar minyak zaiton
Digoreng sehingga layu dan hancur buah tomato

BAHAN B
2 sudu besar serbuk sup cendawan knor
1 sudu teh serbuk secukup rasa
1 sudu teh lada hitam hancur
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos black pepper
2 sudu besar sos tomato
Sedikit garam
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 sudu besar mentega/marjerin

Tomato yg dh layu diblender bersama2 bahan B

Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat...siap...dihidang bersama meatball dan sayuran celur jugak kentang goreng..mabelesss






Saturday, May 30, 2015

Nasi Ayam Sempoy

resepi sup ayam
=============
1/2 @ 1 ekor ayam dipotong kecik
1 inci halia
1 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 ketul kiub ayam
2 ulas bawang putih belah dua
1 batang saderi potong kecik
1 liter air

rebus ayam tadi bersama bahan rempah tadi x payah menumis. buat sup lebih sikit sbb nak ambek utk masak nasi,

nasi ayam
=========
2 cawan beras
2 sudu besar marjerin
1 helai daun pandan
2 1/2 cawan sup ayam tadi
garam secukup rasa

masukkan beras dlm rice cooker masuk suma bahan2 masak seperti biasa,kalau nk nasi tu warna kuning masuk sedikit serbuk kunyit.

(ayam yg dibuat sup tadi-perap ngan sos tiram sos cili dan madu n goreng sekejap)

sos cili merah
============
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan gula
1 sudu teh cuka
1 cawan air

blender suma bahan2 ni masak sehingga pekat

sos kicap
========
2 sudu makan sos tiram
1/4 cawan kicap manis
4 sudu besar kicap masin
3 ulas bawang merah
1/2 sudu teh garam
6 biji cili padi-kalau x suka pedas x yah bubuh la
1/2 cawan air

blender suma bahan2 ni masak hingga pekat sedikit

bahan ulam
 salad,timun dan tomato

Sunday, May 24, 2015

Laksa Penang Sama sambal sotong kering

Cerita harini kita buat laksa ja...sambal sotong makan tengahari td..digabungkan jadi laksa sotong..pergh sedap...oooo....

Laksa Penang
===========
1.5 kg ikan kembung rebus dan perisi isi blender lumat
3 senduk cabai blender campur 1 labu bawang besar ikot kepedasan
2 kuntum bungan kantan
Daun kesum atau daun laksa
3 batang serai ketuk2
1 inci halia ketuk2
1 inci lengkuas ketuk2
1 genggam asam keping
3 liter air utk kuah

Masak cabai sehingga kering masukkan air...dan isi ikan yg siap diblender dan bahan2 lain masak sehingga mendidih..siap..laksa ni tak pakai belacan yer..elok utk yg resdung..

1 bungkus laksa rebus..laksa dh siap biar rendam dlm air panas td biar kembang menjadi besar dlm 1 jam..baru ditoskan..

Sayur utk laksa
Timun
Daun pudina
Bunga kantan
Cili padi
Telur rebus
Daun salad
Bawang
Limau kasturi


Sotong kering masak sambal kentang
===============================
3 biji kentang potong kecik
2 senduk makan cili blender
1 senduk air asam jawa
Garam gula
Bawang merah bwg putih utk menumis
Bawang besar utk hiasan
20 keping sotong kering agak2 la yer

*Tips lembutkan sotong kering*

Sotong kering rendam bersama 1 sudu besar soda bikarbonat semalaman hingga kembang.Esok tu basuh ramas2 buang air sehingga jernih dan bersih.

Tumis bawang sehingga garing masukkan cili..masak sehingga pecah minyak masukkan air asam...dan sotong kering bersama kentang sehingga kuah sedikit kering..last mskkan bawang besar ..siap


Friday, May 22, 2015

PARPU TELUR @ DHALCA TELUR

Parpu telur/ Dhalca telur

Bahan A
1/2 cawan kacang dhal rendam 4 jam
1 liter air
3 ulas bawang putih ketuk2
1/2 inci halia tumbuk hancur
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh kunyit
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
Rebus kacang dhal sehingga empuk dan pecah kacang dhal

Bahan B
1 biji terung bulat/panjang sukahati
1 biji kentang dadukan
1 batang carrot dadukan
3 batang Kacang panjang
100 ml santan /1 peket rm1 yg kecik

4 biji telur ayam terpulang nk byk mana

Tumis darat
4 biji cili kering potong 3
5 ulas bawang merah
2 pelepah daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh herba campur
3 sudu besar Minyak masak

Rebus bahan A sehingga empuk dan agak2 lah kuah nk banyak mana...kacang dhal yg dh empuk baru masukkan bahan B sehingga empuk kentang dan carrot rasakan secukupnya ..biar mendidih baru pecahkan telur satu persatu sehingga telur td masak...sementara nk menunggu telur masak...kuah agak2 la nk byk mana.

tumis bahan2 tumis darat td sehingga garing..
Tuang dalam kuah tadi...siap...
 

Thursday, May 7, 2015

KEK COKLAT MOIST KUKUS CREAM CHEESE

Ni cerita semalam puya...besday tersayang...simple3 ja deko kelaut dalam...tangan keras cacamerba semua ada la...janji sodap...moist..cheese...puhhh tambah kilo la makan kek...

RESEPI KEK COKLAT LEMBAB
Bahan A

2 Biji Telur
1 Cawan Air
1 Cawan minyak masak /marjerin di cairkan
1 Cawan susu pekat manis
1 Cawan gula
1 sudu teh ovalette

Bahan B
2 Cawan tepung gandum
1 Cawan serbuk coklat/serbuk koko
1 Sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

cara membuatnya

Bahan A : Di Blander selama 3 hingga 5 minit ( sampai gula hancur ).atau Pakai mixer lagi senang sampai gebu ckit..

Bahan B : Di ayak

Tuangkan Bahan A ke dalam mangkuk
Kemudian masukkan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk Bahan A tadi dan kacau sehingga sebati.

Bila semuanya dah sebati,tuangkan adunan tadi ke dalam loyang @ acuan kek yang telah di sapu sedikit marjerin. Dan boleh di kukus dan dibakar double boiling..Bakar 180c selama 45 minit..kukus pon 45 minit..kalau kukus cover atas loyang dengan tudung tupperware utk elak air kukusan tidak menitis atas kek.

Topping coklat leleh

4 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu besar gula pasir /gula perang
3 sudu besar minyak masak
1/4 cawan susu full cream/susu cair tin

masak suma bahan ni diatas api yg perlahan gaul tanpa henti sampai hancur gula hancur dan sedikit pekat..sekian hiasan sukati la apa nk taruk.

Topping cream cheese
250 gram cream cheese tatura/anchor
3/4 cawan gula ising
Sedikit parutan kulit lemon
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar jus lemon

Mixerkan sebati..dan boleh deko..siap

Tuesday, April 28, 2015

Spageti Oglio Oglio Sotong

SPAGETI OGLIO OGLIO SOTONG

Spageti rebus bersama garam sehingga lembut toskan gaul sedikit minyak utk elak lekat.

6 ulas bawang putih dadukan
4 biji buah tomato hiris
7 biji Cendawan shitake hiris  
20 helai Daun selasih lg byk lagi sedap
1 sudu teh serbuk mix herbs
1 sudu teh serbuk secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
*Udang kupas kulit sukahati nk byk mana
@sotong digrill terlebih dahulu separuh masak.
Cili flakes (cili kering goreng tanpa minyak sehingga garing dan rapuh hancurkan )atau masukkan dlm microwave 5 minit low
4 sudu besar Minyak zaitun
Garam

Tumis bawang putih sehingga garing . Masukkan cendawan goreng sehingga garing . Masukkan pula buah tomato goreng lg sehingga layu dan sedikit hancur .

Dh siap semua taruk daun selasih mix herbs lada hitam garam secukupnya dan udang atau sotong sehingga masak baru gaulkan bersama spageti yg ditoskan td dlm kuali. Tabur cili flakes atas spageti.





Saturday, April 18, 2015

KUIH CARA MANIS

Kuih Cara Manis

3 cawan tepung gandum
200 ml santan kotak atau santan biasa
2 cawan air daun pandan
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
1 sudu teh marjerin
1 sudu besar minyak masak
Sedikit pewarna hijau

Blenderkan sebati

*Gula utk inti

Panaskan acuan sapu loyang dengan minyak..masukkan adunan biar separuh masak sudukan gula ke dalam adunan td..tutup adunan td dgn tudung periuk biar kuih garing dan masak...siap..

Friday, April 17, 2015

ASAM PEDAS DAGING TETEL

Asam pedas daging tetel/cincang/daging nyamuk /daging buang dan daging lemak..macam org pangei..sedap dibuat asam pedas...mmm walawey

500 gram daging tetel rebus sehingga empuk

Bahan blender
============
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia muda
6 batang serai ambik yg lembut baki ketuk msk dlm kuah
1/2 inci lengkuas
Sedikit belacan

Minyak utk menumis
Daun kesum
2 kuntum Bunga kantan
2 helai daun limau perut
Air asam jawa secukup masam
Garam dan gula
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
1 liter air rebusan daging

Caranya
=======
Tumis bahan blender sehingga pecah minyak..masukkan 1 liter air rebusan ..biar mendidih masukkan daging tetel , garam, air asam jawa..last sekali masukkan bunga kantan..daun kesum dan daun limau..siap

Kuih Talam Gula Merah

KUIH TALAM GULA MERAH

Lapis bawah
==========
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
4 cawan air msk gula diatas..sejukkan
*kalau suka lembut tambah lg 1 cawan air.
Total air 5 cawan..ni saya kurang sbb suka keras ckit
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu makan air kapur

Lapis atas
=========
3 cawan santan pekat dr separuh kelapa
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam.

Caranya
=======
Lapis bawah air gula yg dh sejuk masukkan dlm blender..blenderkan sebati tepung gandum..kukus sehingga masak dlm 25 minit.

Lapis atas
Campur sebati masak sekejab atas api seperti sup pizza hut..lap dulu dengan tisu wap air atas kuih.cakar2 dulu permukaan lapis bawah baru dituang lapisan atas kukus sehingga masak..20 minit...

Loyang lapik plastik dan sapu dengan minyak supaya plastik xlari...

Kalau pakai acuan biru sapu minyak yer supaya senang nk keluar nanti

Tuesday, April 14, 2015

Ayam percik pemanggang ajaib

Ayam percik pemanggang ajaib / Grill

Ayam separuh

3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 biji cili kering
1 sudu besar jintan manis biji
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah kecik
300 ml santan pekat
1 sudu besar gula
Garam secekupnya

Blender sebati semua perap ngan ayam..
Kentang kalau suka...

Masukkan ayam dan kentang td dlm pemanggang ajaib masukkan 1 cawan air...tujuan sbb td xperap so nk rebus dulu sehingga empuk masak...masak balik2kan supaya masak sekata...sehingga kering..kuah yg baki td tuang percik2 atas ayam..sehingga garing semua...

Kalau bakar pakai arang tu lagi sedap la dr pemanggang ajaib ni..pilihan boleh pilih la nk masak macam mana kan..lagi lama ayam diperap lagi sedap...

Friday, April 10, 2015

Puding Karamel

Puding Karamel

5 sudu besar gula tabur dalam loyang dan letak atas dapur sehingga cair jadi gula hanggus dan cair...sejukkan

700 ml susu cair tin /susu ducth lady full cream / susu segar
*kalau guna susu tin campur air utk ckpkan 700ml ok.
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula
Hujung sudu Sedikit garam
1 sudu teh esen vanilla
6 biji telur ayam saiz B/saiz A 5 biji

Gaul sebati semua bahan dan tapis supaya puding cantik..baru tuang kan kedalam loyang yg ada gula karamel yg dh beku tadi..
Kukus 30 minit.

Biar puding dikukus tadi sejukkan dulu dalam peti ais 30 minit sebelum diterbalikkan.




Sup Tulang

Sup tulang

Tulang rusuk atau mana2 tulang disukai

3 liter air
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 bunga cengkis
6 biji buah pelaga
1 inci halia ketuk2
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 helai daun pandan
1 batang saderi
Daun sup daun bawang
Bawang goreng

Rebus sehingga empuk.. baru masukkan garam.

Tumis darat sup 5 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis
3 sudu besar minyak masak . ..goreng hingga garing tuang dlm sup...tabur daun bawang dan daun sup.

Air asam
========
3 biji tomato
2 labu bawang besar
2 bj cili merah
10 biji cili padi
2 biji limau nipis
2 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar sos ikan
Belacan
Garam

Semua bahan2 hiris halus2...masukkan sedikit air gaul sebati dan perasakan..

MEE BANDUNG

Mee Bandung

20 biji cili kering rendam air panas
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 cawan air
Blenderkan sehingga lumat

3 sudu besar minyak
1/2 cawan sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
20 biji fish ball
Udang
3 pokok Sawi pakchoy
Carrot
2 biji buah tomato belah 4
1 sudu teh serbuk secukup rasa
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
3 biji telur
800 ml air utk kuah...agak2 la yer

Bawang goreng
Cili merah potong

Tumis cili blender dan segala sos garam gula sehingga pecah minyak dan hilang bau cili..masukkan air biar mendidih bru masukkan fish ball dan udang...semasa mendidih pecahkan telur satu persatu sehingga telur masak..sayuran..last 1 sudu besar bawang goreng tabur dalam kuah. Gaul sebati...siap

Tuesday, April 7, 2015

Kentang Putar

Kentang putar

4 biji kentang rebus lenyekkan
1 cawan susu cair
Sedikit garam
2 sudu besar marjerin atau mentega
Sedikit lada hitam
Mix herbs kalau suka
1/2 sudu teh gula


Kentang lecekkan semasa panas masukkan mentega atau marjerin.susu cair garam gula lada hitam sikit jer n mix herb's.siap...

Sos kentang

1 sudu teh serbuk secukup rasa
1 cawan air
3 sudu besar susu
Sedikit lada hitam
1 sudu teh sos tiram
1/2 sudu teh tepung gandum

Sebatikan bahan3...gaul sebati masak sehingga mendidih dan pekat sedikit...siap

Saturday, April 4, 2015

RESEPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS

RESEPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS

Bahan A

2 Biji Telur
1 Cawan Air
1 Cawan minyak masak /marjerin di cairkan
1 Cawan susu pekat manis
1 Cawan gula
1 sudu teh ovalette

Bahan B
2 Cawan tepung gandum
1 Cawan serbuk coklat
1 Sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

cara membuatnya

Bahan A : Di Blander selama 3 hingga 5 minit ( sampai gula hancur ).atau Pakai mixer lagi senang sampai gebu ckit..

Bahan B : Di ayak

Tuangkan Bahan A ke dalam mangkuk

Kemudian masukkan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk Bahan A tadi dan kacau sehingga sebati.

Bila semuanya dah sebati,tuangkan adunan tadi ke dalam loyang @ acuan kek yang telah di sapu sedikit marjerin. Dan boleh di kukus dan dibakar double boiling..Bakar 180c selama 45 minit..kukus pon 45 minit..kalau kukus cover atas loyang dengan tudung tupperware utk elak air kukusan tidak menitis atas kek.

Topping coklat leleh

4 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu besar gula pasir /gula perang
3 sudu besar minyak masak
1/4 cawan susu full cream/susu cair tin

masak suma bahan ni diatas api yg perlahan gaul tanpa henti sampai hancur gula hancur dan sedikit pekat..sekian hiasan sukati la apa nk taruk.

Friday, April 3, 2015

Kacang Kuda Rebus Sambal

Kacang kuda rebus sambal

2 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak
3 sudu besar cili kering blender
3 sudu besar gula perang
Secubit garam

300 gram kacang kuda rendam 4 jam..dan rebus bersama garam sehingga empuk..toskan

Panas minyak masukkan daun kari..cili dan lain2 goreng sehingga kering air cili...masukkan kacang kuda gaul lagi sehingga kering air yg ada dekat kacang rebus td...siap..

Wednesday, April 1, 2015

Spageti Oglio Oglio

Dinner tonite ala2 omputeh plk kan tp gaya melayu ada pedas bru holio...lagi sedap kalaunada sotong..kepah..ni kita masak apa yg ada kt rumah ja lah kan..janji mabeles

SPAGETI OGLIO OGLIO

Spageti rebus bersama garam sehingga lembut toskan gaul sedikit minyak utk elak lekat.

6 ulas bawang putih dadukan
4 biji buah tomato hiris
7 biji Cendawan shitake hiris  
20 helai Daun selasih
1 sudu teh serbuk mix herbs
1 sudu teh serbuk secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
Udang kupas kulit sukahati nk byk mana
Cili flakes (cili kering goreng tanpa minyak sehingga garing dan rapuh hancurkan )
4 sudu besar Minyak zaitun
Garam

Tumis bawang putih sehingga garing . Masukkan cendawan goreng sehingga garing . Masukkan pula buah tomato goreng lg sehingga layu dan sedikit hancur .

Dh siap semua taruk daun selasih mix herbs lada hitam garam secukupnya dan udang sehingga masak baru gaulkan bersama spageti yg ditoskan td dlm kuali. Tabur cili flakes atas spageti.






Saturday, March 28, 2015

Asam Pedas Ikan Merah

Kemarin tgk drama asam pedas utk dia...arini kita buat la asam pedas utk kita pulok yer...apa ada halkan..layan...

 Asam Pedas Melaka

Ikan merah/Ikan Pari/Ikan Tenggiri /Ayam
Daging tetel..suka hati mana mau..😊

Bahan blender
============
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia muda
6 batang serai
1/2 inci lengkuas
Sedikit belacan

Minyak utk menumis
Daun kesum
2 kuntum Bunga kantan
2 helai daun limau perut
Air asam jawa secukup masam
Garam dan gula
10 biji bendi
1 biji terung yg kecik

Caranya
=======
Tumis bahan blender sehingga pecah minyak..masukkan 1 liter air..biar mendidih masukkan ikan merah , garam, air asam jawa..last sekali masukkan bunga kantan..daun kesum. bendi dan daun limau..siap

Sambal belacan

8 biji cili merah
20 biji cili padi
1 inci belacan
Air asam jawa
1 sudu teh garam
2 biji limau nipis
1 sudu makan sos ikan

Tumbuk lumat..perasakan siap..

Kek Marble Susu

Satg kek siap kita tunjuk plk yer...ni tengah membakaq diri....bersauna...tunggu..layan lu resepi ni

Kek marble

resepi

BAHAN A
 4 biji telur Saiz A...klu B pakai 5 biji..C 6 biji ok...
 1 cawan gula castor
 1 sudu kecil ovallette
 1 sudu kecil esen vanilla
 250 buttercup/butterlite/marjerin
 1 cawan susu pekat manis
 1 cawan susu cair/full krim/low fatt

pukul bahan telur n gula n ovallette n esen ni sampai kembang dan putih gebu kemudian masukkan buttercup dan pukul lagi..kemudian masukkan susu pekat dan susu cair gaul sebati...

BAHAN B
 3 cawan tepung gandum superfine/gandum biasa
1 sudu teh baking powder
 1 sudu teh soda bikarbonat
 4 sudu serbuk coklat/koko-ini utk buat marble *

ayak bahan2 kecuali serbuk koko

campur bahan A dan bahan kering kecuali serbuk koko gaul kaup balikkan sebati...bahagi aduanan kepada 2 bahagian .1 lg bahagian dicampur dgn serbuk coklat.
 tuang selang seli putih dan koko sampai habis.ambil lidi dan pusing 4 kali pada adunan utk dptkan corak yg menarik.

Monday, March 23, 2015

Jus Lega

Siap dh jus lega . ..ikot resepi ni dpt 2 botol 350 ml setiap botol...sep...jimat dijamin bersih dan halal..bagus untuk rendahkan kolestrol dan buang angin...masa penyediaan kena guna periuk kaca atau tanah..guna senduk kayu atau plastik...sbb kalau pakai periuk besi takot hilang khasiatnya..manis madunya masam cuka apple dan lemon..yg penting bau seperti sos thai bawang putih halia gitu...selamat mencuba...lepas semua siap tapiskan la serdak2 halia dan bawang yer...nnt tercekik plk minum...

JUS LEGAAA
Bahan :
100g (panjang 125 mm) halia muda,
1 labu bawang putih,
3 biji (125 ml) lemon juice,
cuka apple cider (125 ml)
madu lebah (350 ml).

Cara penyediaan:

Blendkan halia dan bawang putih secara berasingan  menggunakan 125 ml air tiap-tiap satu.

Campurkan air halia yang telah diblend dengan lemon juice dan cuka apple cider mengikut sukatan diatas.

Panaskan ramuan campuran menggunakan api kecil selama 45 hingga 60 minit. Masukkan air bawang putih

kedalam campuran yang dipanaskan pada 10 minit terakhir.

Biarkan campuran yang telah dimasak sehingga sejuk.

Akhir sekali masuk madu lebah kedalam ramuan campuran , kacau dengan sudu plastik hingga sebati sambil diiringi bacaan Al Fatihah dan selawat atas Nabi s.a.w. Simpan ubat di dalam bekas kaca bertutup di tempat sejuk.

Cara makan:

Minum 1 sudu besar (table spoon) sebelum sarapan pagi setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur semasa perut kosong.

Saturday, March 14, 2015

Tepung pelita Moden

Tepung pelita Moden

Bahagian hijau bawah

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air pandan
5 helai daun pandan
Sedikit garam
2 sudu besar air kapur yg jernih
Sedikit pewarna hijau

Blender daun pandan dengan air. Tapiskan
Bancuh tepung gula dan air daun pandan tadi...masukkan gula garam kacau sehingga larut tepung tapiskan. Masak atas dapur dengan api sederhana sehingga mendidih dan adunan meletup2...sehingga masak tepung angkat cepat tuang dalam bekas. Biarkan sejuk dan keras...

Bahagian atas putih

3/4 cawan tepung beras
1 sudu teh garam secukup rasa
2 cawan santan dr separuh kelapa
3 cawan air

Campurkan semua gaul sebati dan tapiskan..masak sama seperti tadi sehingga meletup2 dan mendidih...tuang ke atas warna hijau td....sejukkan...siap

Friday, March 13, 2015

Puding Cream crackers

Assalamualaikum. ..lama xbersiaran sebab kena jangkitan sakit M yg xdpt dielakkan...hehhe...rini bru ada mood nk buat apa3...simple2 ja....layan

Puding Cream crackers

3 biji telur saiz B
1 cawan susu cair
3/4 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat manis kalau suka manis boleh tambah lagi sesedap rasa.
4 sudu besar gula perang @ gula pasir
Secubit garam
20 keping biskut 4 segi
6 keping biskut mery
Sedikit esen vanilla
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar serbuk koko

Rendam biskut bersama susu cair dan air suam sehingga kembang

Telur dan susu pekat blender sebati ..dan campur biskut yg telah direndam kecuali serbuk koko td blender lumat...

Bahagi 2 bahagian 1 adunan kosong dan 1 bahagian lagi perasa coklat.

Satu adunan ni dapat 4 cawan...

Loyang sapu minyak dan lapik plastik supaya senang nk potong

Kukus selapis2 sehingga habis..setiap lapis 5 minit..dan yg last 15 minit sehingga masak.

Saturday, March 7, 2015

Masak Lemak Pisang Muda cili padi

Masak lemak pisang muda

1 sikat pisang muda kupas kulit luar saja

1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
4 batang serai
Kunyit hidup sikit
10 biji cili padi
Blenderkan sebati

10 helai daun selasih
2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
500 ml santan
2 Cawan air
1 cawan ikan bilis
1 keping asam keping
Gula
Garam
Minyak utk menumis

Tumis bahan blender sehingga naik minyak..masukkan air 2 cawan bersama pisang muda masak sehingga empuk.masukkan ikan bilis garam dan gula asam keping santan gaul2 sebati..daun selasih bunga kantan daun limau purut biar mendidih siap .

Wednesday, March 4, 2015

Agar-agar Lumut Gula Merah

Dinner malam ni puding ja

Agar-agar lumut gula merah
======================

20 gram agar2 tali @ serbuk agar2
1 liter air
400 ml santan pekat
2 biji telur saiz c
1/2 cawan gula pasir *klu suka manis tambah lagi gula ok..
1/2 cawan gula merah +1/4 cawan air panas tapis dpt 3/4 cawan air gula.
2 helai daun pandan @ perisa pandan

Masak agar2 bersama gula pasir dan gula merah daun pandan td sehinga hancur agar2. .bila dh hancur agar2 buang daun pandan. Telur dan santan campur sekali dan kacau sehingga telur sebati bersama santan td.

Semasa agar2 td mendidih masukan adunan santan telur td..biar mengelegak jangan di kacau biar supaya santan dan telur td berketul2 utk dptkan tekstur seperti lumut. Bila dh masak santan dan telur td tutup api tuang dalam acuan puding sejukkan dalam peti sejuk. Dah beku barulah diterbalikkan . Siap

Monday, March 2, 2015

Laksam Kuah Lemak Kedah

Ha siap dah td saja buat gempaq ja...laksam versi kedah puya makan geleng pala pecah pala..puya lama xbuat..asyik dok buat laksa penang ja...rini kita makan laksam laksa kedah kuah lemak puya...laksam buat laksa pon buat kira aci la noh

Laksa / laksam kuah lemak versi kedah
===============================

1kg ikan kembung @ikan sardin rebus perisi isi blender
1 peket rempah kari ikan
1 labu Bawang besar
2 ulas bawang putih
Daun kari
Secukup masam Asam keping
2 kuntum Bunga kantan
1/2 Sudu teh lada hitam serbuk
1 liter air utk kuah agak2 byk mana
500 ml santan dr sebijik kelapa ikot lemak yg suka atau santan pekat
Garam

Blender rempah dan bawang..masak rempah bersama sedikit santan dlm 150ml...sehingga rempah masak.masukkan air dan isi ikan...santan bunga kantan garam dan asam keping..kacau selalu supaya santan tak jadi kepala..sehingga mendidih.siap

Resepi laksam (12 gulung )
===========
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu teh garam
4 1/2 cawan air

Gaul sebati semua dan tapis supaya adunan tidak berketul.
Panaskan pengukus.tudung periuk sapu minyak supaya laksam tidak lekat dan senang ditanggalkan.
Letak tudung periuk dlm pengukus sendukkan adunan keatas tudung periuk td.kukus sehingga masak gelembung tu tandanya dh msk angkat sejukkan dulu sblm digulung..siap..

Sambal laksam
=============
5 biji cili hidup
1 sudu besar cili blender
1 biji air limau kasturi
1 sudu besar sos ikan
Garam
1/2 cawan air
Sedikit belacan

Blender sebati siap..

Sayuran utk laksam
================
Taugeh
Kacang panjang
Bunga kantan
Timun
Cili padi
Limau kasturi
Bawang besar
Telur rebus

Saturday, February 28, 2015

Donut Gebbo

Mai minun petang makan donut panas sedap...gebbo mcm tuan dia...pekena ayaq kopi plk kan fuhhh layan

Donut Gebbo

Resepi doh
==========
3 1/2 cawan tepung high protein/tepung roti
3 sudu besar gula
2 sudu makan susu tepung
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar yis mauripan
1 biji telur
1 1/4 cawan air suam

Masukkan semua bahan kecuali tepung dan telur dlm bekas mixer biar yis berbuih3...dlm 5 minit..baru masuk tepung dan telur uli sebati sehingga doh elastik...biar 30 minit doh naik 2x ganda...tumbuk2 bentukkan apa nk buat...

Buat bulat dan lubang tengah2...atau guna acuan donut pn boleh...biar doh 10 minit biar naik skit.
Minyak jgn terlalu panas..biar sederhana panas..goreng donut sehingga garing...toskan baru salut dengan gula castor...siap

Friday, February 27, 2015

sambal sotong kering bersama kentang

Sotong kering masak sambal kentang
===============================
3 biji kentang potong kecik
2 senduk makan cili blender
1 senduk air asam jawa
Garam gula
Bawang merah bwg putih utk menumis
Bawang besar utk hiasan
20 keping sotong kering agak2 la yer

*Tips lembutkan sotong kering*

Sotong kering rendam bersama 1 sudu besar soda bikarbonat semalaman hingga kembang.Esok tu basuh ramas2 buang air sehingga jernih dan bersih.

Tumis bawang sehingga garing masukkan cili..masak sehingga pecah minyak masukkan air asam...dan sotong kering bersama kentang sehingga kuah sedikit kering..last mskkan bawang besar ..siap

Wednesday, February 25, 2015

sup sayur telur

Menu diet....
Sup sayur telur

1 biji telur
1 pokok sawi pakchoy
Separuh carrot
2 cawan air
1/2 sudu teh lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
Garam @ serbuk secukup rasa maggi
1 sudu teh serbuk sup adabi
Bawang goreng
Daun sup

Didih air msukkan segala rempah ratus td...garam
Masa air mendidih pecahkan telur biar sehingga msk telur bru masukkan sayuran dan daun sup..siap..tabur bawang goreng ngap la

Monday, February 16, 2015

Kek Red Velvet atau kek simerah baldu

RED VELVET CAKES (resepi sepenuhya dr kak Zu @ Zuraini Alias )
 =============

 5 biji telur gred B / A
 250 gram mentega beku tanpa garam
 *3 cawan tepung naik sendiri
 *3 sudu makan serbuk koko
 2 cawan gula kastor (1 3/4 cawan pun ok )
 2 sudu makan pewarna Red Bright
 1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
 1 sudu teh garam
 1 sudu makan bicarbonate atau baking powder
 1 sudu makan cuka makan

 cara2nya

 1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
 2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
 3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
 4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
 5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
 5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
 6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
 7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

 NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan. buat 1 loyang je..loyang 9..naik sampai atas..tinggi

 FILLING:

 500gram blueberry filling

 KRIM:

 500 gram krim keju Phillidephia
 1 cawan krim putar- nk letak 1 1/2 cawan pn bleh
 tambah sedikit gula icing

 Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).

 *Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

 BAHAN2 UTK KRIM (cara kak zu)

 500 gm creamcheese
 240 gm butter anchor
 240 gm gule icing

 Putar hingge sebati..takyah kembang sangat nnti krim mencair.

 NOTA:cara2 nk buat buttermilk

 Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka atau jus lemon..

Sunday, February 15, 2015

Bihun Goreng Sempoi

Minum petang hari minggu kita ngan ayaq kopi O panas...fuhhh

Bihun goreng sempoi

1 bungkus bihun rendam

3 pokok sawi pakchoy @ kailan
Taugeh @ daun kucai
4 ekor sotong potong kecik@udang @ayam mana2 sukahati lah
3 sudu besar cili blender
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos cili
1 sudu teh sos ikan
1 sudu besar gula
3/4 sudu besar garam
1 mug air
Bawang merah bawang putih
Minyak utk menumis

Hiasan 1 biji cili merah potong dan bawang goreng daun ketumbar @ daun sup

Tumis bawang merah bawang putih sehingga garing..masukkan cili dan semua rencah yg lain masak sehingga pecah minyak..masukkan 1 mug air dan sotong biar mendidih..

Masukkan bihun gaul sebati sehingga masak dan lembut..baru taburkan sayuran..goreng sehingga sebati semuanya dan sayur layu..siap hias sesuka hati...

Saturday, February 14, 2015

Ayam Masak Merah

Ayam masak merah
================
1 ekor ayam sederhana besar 1kg
Goreng garam kunyit separuh masak

Bahan blender
============
20 biji cili kering
5 ulas bawang kecik
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 inci halia muda
Sedikit lengkuas
3 batang serai
Blender sebati
1 cawan air

1/2 cawan minyak utk menumis
3/4 cawan susu cair
1 cawan air utk kuah
Daun sup
Bawang besar potong bulat
2 senduk sos tomato
1 senduk sos cili
1 sudu makan sos plum
1 sudu makan gula
Garam secukupnya
1 cawan air

Cara2nya
========
Tumis bahan blender sehingga pecah minyak dan naik bau..masukkan ayam,air dan segala sos..biar mendidih ..masukkan susu garam dan gula gaul sebati..masukkan bawang besar dan daun sup..siap..kuah ikot suka la nk byk mana bolh tambah lg air..tadak hal puya..

Friday, February 13, 2015

Ikan talang kering gulai tumis darat

 Ikan talang kering gulai tumis darat
=============================
10 keping tulang ikan talang rendam utk buang masin ikan...
1 peket rempah kari adabi ikan kering + 1 sudu teh serbuk jintan manis
2 biji kentang
2 biji terung bulat
2 biji mangga muda/belimbing buluh
2 biji cili hijau
6 biji pisang emas muda
Daun kari
Bawang merah dan bwg putih
1 sudu teh halba campur
Separuh kelapa perah 200 ml air
500 ml air utk kuah ikot suka yer agak2
1 sudu teh gula


Masukkan 1 peket rempah kari serbuk jintan manis bersama 500 ml air dan masak rempah sehingga mendidih..masukkan kentang dan pisang muda dahulu masak sehingga empuk..masukkan ikan talang..biar mendidih lagi..masukkan santan..buah terung dan mangga muda/belimbing buluh biar mendidih..

Sementara gulai mendidih panaskan minyak tumis bawang merah bawang putih halba campur dan daun kari goreng sehingga garing...

Tuang kedlm periuk gulai tadi ..masukkan cili hijau kacau sebati tutup api...siap..

xpayah garam sbb ikan dah masin..asam pun xperlu sbb dh masukkan buah mangga muda/belimbing ...rasanya secukup masam dan masin... Siap...bon apetikkkk....

Thursday, February 12, 2015

Apam Gebu Eno

Sarapan pagi jumaat ni simple ja..godek2..kukus siap..sedap gebbo mcam tuan dia jugak la...mmm apa boleh buat

Apam Gebu eno

1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh yis mauripan
1 1/2 cawan air suam
*1/2 peket eno berwarna biru*
Kelapa parut digaul sedikit dgn garam

Gaul sebati semua kecuali eno..perap 30 minit atau 40 minit..selepas adunan berbuih last sekali baru masukkan eno kacau2 sebati.warnakan sesukati.
Kukus dlm acuan kecik..selama 10 atau 15 minit..siap...semudah abc
Anggaran kuih boleh dapat 20biji.