Friday, December 19, 2014

Apam nasi mekar

Apam nasi mekar

1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir kalau suka manis boleh tambah lagi gula yer..
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil yis mauripan
1 1/2 cawan air suam

Gaul sebati dulu bahan2 ni semua baru blender sehingga hancur...perap 30 minit atau 1 jam...sapu acuan dgn minyak..kukus apam 10 minit...siap makan dengan kelapa parut yg digaul sedikit dgn garam.

Thursday, December 18, 2014

sup tulang sempoi

Sup tulang sempoiiiii....

1 kg tulang rangka
3 batang serai
Halia
Lengkuas
3 biji bawang putih
1 helai daun pandan
1 batang saderi
Sup bunjut tulang
2 liter air

Daun sup daun bawang dan bawang goreng

Rebus air sampai mendidih baru masukkan tulang rebus sehingga empuk..masukkan semua bahan2 yg lain...rasakan.tabur daun bawang sup dan bawang goreng...

Air asam kedah style

2 biji tomato
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
15 biji cili padi
Belacan
1 sudu besar sos ikan
1 sudu teh garam
2 sudu besar air asam jawa
2 biji jus limau nipis

Gaul sebati siap

Apam Buttersocth

Assalamualaikum..selamat petang..sll kita buat apam gula hanggus kali kita ubah buat apam butterscoth yg kita makan dengan roti sarang lebah tu...apa pun sedap gebu..lemak2...utk minum petang...ringkas cepat dan mudah disediakan..


Apam Butterscoth

1 1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar marjerin
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh baking powder
1/2 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
Sedikit garam
1/2 cawan sos butterscoth kalau suka manis jadikan * 3/4 cawan yer..
2 sudu besar susu pekat manis

Gaul sebati semua bahan dulu..baru blenderkan sebati utk dapatkan adunan yg smooth dan gebu...

Sapu acuan dengan minyak..supaya memudahkan utk mengeluarkan kuih nanti..panaskan pengukus..kukus kuih selama 10 minit sehingga masak..

Wednesday, December 17, 2014

Bihun Goreng Sempoi

Bihun goreng sempoi

1 bungkus bihun rendam

3 pokok sawi pakchoy
Taugeh
3 ekor sotong potong kecil
3 sudu besar cili blender
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos cili
1 sudu teh sos ikan
1 sudu besar gula
3/4 sudu besar garam
1 mug air
Bawang merah bawang putih
Minyak utk menumis

Hiasan 1 biji cili merah potong dan bawang goreng.

Tumis bawang merah bawang putih sehingga garing..masukkan cili dan semua rencah yg lain masak sehingga pecah minyak..masukkan 1 mug air dan sotong biar mendidih..

Masukkan bihun gaul sebati sehingga masak dan lembut..baru taburkan sawi dan taugeh..goreng sehingga sebati semuanya dan sayur layu..siap hias sesuka hati...

Kuih Cara Manis

Kuih Cara Manis

2 cawan tepung gandum
200 ml santan kotak atau santan biasa
1 1/2 cawan air daun pandan
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
1 sudu teh marjerin
1 sudu besar minyak masak
Sedikit pewarna hijau

Blenderkan sebati

*Gula utk inti

Panaskan acuan sapu loyang dengan minyak..masukkan adunan biar separuh masak sudukan gula ke dalam adunan td..tutup adunan td dgn tudung periuk biar kuih garing dan masak...siap..

Tuesday, December 16, 2014

Resepi Green Kari ala thai

Resepi Green kari
==============
Bahan blender
10 biji cili hijau dan 10 biji cili padi
1 labu bawang besar
1 inci halia dan
1 inci lengkuas
3 pokok ketumbar sekali akar
2 batang serai
2 ulas bawang putih
2 sudu besar biji ketumbar
2 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada putih
1 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit belacan

300 ml santan
2 biji tomato
5 tangkai daun selasih
Terung pipit atau terung biasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu teh gula
1 kiub ayam
1 ekor ayam potong 12
2 biji Kentang potong 4
2 helai daun limau purut

Tumis bahan blender sehingga pecah minyak..masukkan ayam dan kentang..biar masak ayam masukkan santan.terung pipit cili padi dan daun selasih..siap..

Resepi ikan pari asam pedas melaka

Ikan pari msk Asam pedas melaka

Bahan blender
============
20 biji cili kering
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia muda
3 batang serai
1/2 inci lengkuas

Minyak utk menumis
Daun kesum
2 kuntum Bunga kantan
2 helai daun limau perut
Air asam jawa secukup masam
Garam dan gula
10 biji bendi
1 biji terung yg kecik

Caranya
=======
tumis bahan blender sehingga pecah minyak..masukkan 1 liter air..biar mendidih masukkan ikan pari..last sekali masukkan bunga kantan..daun kesum. bendi dan daun limau..siap..boleh ngap ng
Kek Coklat microwave

2 sudu besar mentega cairkan
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula
1 biji telur
4 sudu besar susu cair
1 sudu besar serbuk koko van houten
1 sudu besar coklat chip
Esen vanilla
Hujung sudu kecik soda bikarbonat
Hujung sudu kecik baking powder

Gaul sebati semua
Set suhu medium high
5 minit...siap

Roti Benggali

Roti Benggali
===========
1 cawan air suam
1 sudu makan gula
1 sudu makan yis mauripan
1 sudu makan shortening
2 sudu makan minyak zaitun/jagung atau pun minyak masak
2 sudu makan susu tepung
Sedikit garam
Campur sekali rehatkan 10 minit utk yis berbuih.

3 cawan tepung high protein
1 biji telur kocok..bahagi 2 ..1 bahagian utk masukkan dlm adunan roti..1 bahagian lagi utk sapu atas roti..agak dlm 1 sudu besar..

Yis dh berbuih masukkan tepung dan telur kedlm mixer sehingga sebati..perap 15 minit...mixer lagi..perap lag 15 minit ..uli lg dgn mixer...last biar 20 minit...uli lagi...

Bentukkan suka hati...masukkan dlm loyang dan lapik kertas minyak...biar adunan naik 2x ganda dlm 20 minit baru boleh bakar...

Untuk sapuan permukaan roti separuh telur tadi campur dengan 1 sudu besar susu cair..sapu atas doh sebelum dibakar
Tujuan dia utk cantikkan permukaan roti

Suhu oven 170c..selama 20 minit..

Roti yg masih panas selepas keluar dari oven sapu dengan mentega .

Petang hujan layan roti pun sedap..

Resepinya
=========
3/4 cawan air suam
1 sudu besar yis mauripan segera
1 sudu makan gula
Biar berbuih3 10 minit

3 cawan tepung high protein
2 sudu besar gula
2 sudu makan susu pekat manis
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
2 sudu makan mentega
1 sudu kecil double action baking powder
Campur dlm bowl mixer.

Campurkan adunan td mixer selama 10 minit sehingga elastik..adunan roti ni mmg lembik dan jgn tambah tepung...dan akan melekat2..

Biar doh naik 2x ganda uli lg dgn mixer 10 minit
Ulang lagi biar adunan naik2x ganda uli lagi...sbb nk dptkan tekstur roti yg gebu...dan halus

Semasa nk uli tangan kena taruk minyak suoaya x melekat...bulat2kan sebesar mana dihendakki..loyang sapu mentega...susun adunan biar naik 2x ganda lagi baru tabur badam..kuaci dan bijan hitam...

Roti lemak manis biarkan kosong

Panaskan oven 180c...bakar roti selama 20 minit..sehingga masak dan kekuningan..
Roti lemak manis lps masak kluar sapu mentega diatas roti utk cantikkan permukaan..

Sos buttersocth
==============
1/2 cawan brown sugar
1 sudu makan mentega
1/2 cawan susu cair
Secubit garam
Esen vanilla

Panas pan non stick..karamel kan gula sehingga cair dan keperangan masukkan mentega..garam..dan susu..masak sehingga sedikit pekat..siap

kek pisang tanduk

Kek pisang tanduk moist

1 biji pisang tanduk
3/4 cawan sos butterscoth
100 ml susu cair
1 cawan mentega cairkan
Hujung sudu teh garam
1 penutup esen vanilla
1 sudu teh ovallette
4 biji telur saiz B

Masukkan dlm blender. blenderkan sehingga gebu..baru campurkan tepung blender lagi sehingga sebati.

2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 Sudu teh baking powder
Ayak sebati

Sapu loyang dengan mentega..tuang adunan..bakar sambil mengukus.tray masukkan 2 mug air panas..letak loyang atas air td..bakar 160c selama 45 minit sehingga masak.

Kuih Ketayap

Inti kelapa gula merah /gula melaka

1 biji kelapa parut
2 keping gula melaka
2 sudu besar gula pasir
Sedikit garam utk naik rasa lemak
1 helai daun pandan disimpul
1 cawan air

Masak air garam gula melaka dan daun pandan sehingga hancur gula..masukkan kelapa masak sehingga kering air...siap..

Kuih ketayap

2 cawan tepung gandum
1 sudu makan minyak masak
1 biji telur
1 sudu teh marjerin
3/4 cawan santan
Sedikit garam
2 cawan air daun pandan
Sedikit pewarna hijau

blender sebati.

Panaskan kuali non stick..xyah sapu minyak..kalau kuali biasa sapu sedikit minyak yer utk elak dr melekat..cedok 1 senduk kecil dan golek2kan kuali supaya nipis..biar kulit masak dgn api yg sederhana..angkat kulit..isi inti balut la sesukahati besaq mana nak kan...tiada masalah...