Saturday, February 28, 2015

Donut Gebbo

Mai minun petang makan donut panas sedap...gebbo mcm tuan dia...pekena ayaq kopi plk kan fuhhh layan

Donut Gebbo

Resepi doh
==========
3 1/2 cawan tepung high protein/tepung roti
3 sudu besar gula
2 sudu makan susu tepung
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar yis mauripan
1 biji telur
1 1/4 cawan air suam

Masukkan semua bahan kecuali tepung dan telur dlm bekas mixer biar yis berbuih3...dlm 5 minit..baru masuk tepung dan telur uli sebati sehingga doh elastik...biar 30 minit doh naik 2x ganda...tumbuk2 bentukkan apa nk buat...

Buat bulat dan lubang tengah2...atau guna acuan donut pn boleh...biar doh 10 minit biar naik skit.
Minyak jgn terlalu panas..biar sederhana panas..goreng donut sehingga garing...toskan baru salut dengan gula castor...siap

Friday, February 27, 2015

sambal sotong kering bersama kentang

Sotong kering masak sambal kentang
===============================
3 biji kentang potong kecik
2 senduk makan cili blender
1 senduk air asam jawa
Garam gula
Bawang merah bwg putih utk menumis
Bawang besar utk hiasan
20 keping sotong kering agak2 la yer

*Tips lembutkan sotong kering*

Sotong kering rendam bersama 1 sudu besar soda bikarbonat semalaman hingga kembang.Esok tu basuh ramas2 buang air sehingga jernih dan bersih.

Tumis bawang sehingga garing masukkan cili..masak sehingga pecah minyak masukkan air asam...dan sotong kering bersama kentang sehingga kuah sedikit kering..last mskkan bawang besar ..siap

Wednesday, February 25, 2015

sup sayur telur

Menu diet....
Sup sayur telur

1 biji telur
1 pokok sawi pakchoy
Separuh carrot
2 cawan air
1/2 sudu teh lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
Garam @ serbuk secukup rasa maggi
1 sudu teh serbuk sup adabi
Bawang goreng
Daun sup

Didih air msukkan segala rempah ratus td...garam
Masa air mendidih pecahkan telur biar sehingga msk telur bru masukkan sayuran dan daun sup..siap..tabur bawang goreng ngap la

Monday, February 16, 2015

Kek Red Velvet atau kek simerah baldu

RED VELVET CAKES (resepi sepenuhya dr kak Zu @ Zuraini Alias )
 =============

 5 biji telur gred B / A
 250 gram mentega beku tanpa garam
 *3 cawan tepung naik sendiri
 *3 sudu makan serbuk koko
 2 cawan gula kastor (1 3/4 cawan pun ok )
 2 sudu makan pewarna Red Bright
 1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
 1 sudu teh garam
 1 sudu makan bicarbonate atau baking powder
 1 sudu makan cuka makan

 cara2nya

 1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
 2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
 3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
 4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
 5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
 5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
 6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
 7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

 NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan. buat 1 loyang je..loyang 9..naik sampai atas..tinggi

 FILLING:

 500gram blueberry filling

 KRIM:

 500 gram krim keju Phillidephia
 1 cawan krim putar- nk letak 1 1/2 cawan pn bleh
 tambah sedikit gula icing

 Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).

 *Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

 BAHAN2 UTK KRIM (cara kak zu)

 500 gm creamcheese
 240 gm butter anchor
 240 gm gule icing

 Putar hingge sebati..takyah kembang sangat nnti krim mencair.

 NOTA:cara2 nk buat buttermilk

 Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka atau jus lemon..

Sunday, February 15, 2015

Bihun Goreng Sempoi

Minum petang hari minggu kita ngan ayaq kopi O panas...fuhhh

Bihun goreng sempoi

1 bungkus bihun rendam

3 pokok sawi pakchoy @ kailan
Taugeh @ daun kucai
4 ekor sotong potong kecik@udang @ayam mana2 sukahati lah
3 sudu besar cili blender
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos cili
1 sudu teh sos ikan
1 sudu besar gula
3/4 sudu besar garam
1 mug air
Bawang merah bawang putih
Minyak utk menumis

Hiasan 1 biji cili merah potong dan bawang goreng daun ketumbar @ daun sup

Tumis bawang merah bawang putih sehingga garing..masukkan cili dan semua rencah yg lain masak sehingga pecah minyak..masukkan 1 mug air dan sotong biar mendidih..

Masukkan bihun gaul sebati sehingga masak dan lembut..baru taburkan sayuran..goreng sehingga sebati semuanya dan sayur layu..siap hias sesuka hati...

Saturday, February 14, 2015

Ayam Masak Merah

Ayam masak merah
================
1 ekor ayam sederhana besar 1kg
Goreng garam kunyit separuh masak

Bahan blender
============
20 biji cili kering
5 ulas bawang kecik
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 inci halia muda
Sedikit lengkuas
3 batang serai
Blender sebati
1 cawan air

1/2 cawan minyak utk menumis
3/4 cawan susu cair
1 cawan air utk kuah
Daun sup
Bawang besar potong bulat
2 senduk sos tomato
1 senduk sos cili
1 sudu makan sos plum
1 sudu makan gula
Garam secukupnya
1 cawan air

Cara2nya
========
Tumis bahan blender sehingga pecah minyak dan naik bau..masukkan ayam,air dan segala sos..biar mendidih ..masukkan susu garam dan gula gaul sebati..masukkan bawang besar dan daun sup..siap..kuah ikot suka la nk byk mana bolh tambah lg air..tadak hal puya..

Friday, February 13, 2015

Ikan talang kering gulai tumis darat

 Ikan talang kering gulai tumis darat
=============================
10 keping tulang ikan talang rendam utk buang masin ikan...
1 peket rempah kari adabi ikan kering + 1 sudu teh serbuk jintan manis
2 biji kentang
2 biji terung bulat
2 biji mangga muda/belimbing buluh
2 biji cili hijau
6 biji pisang emas muda
Daun kari
Bawang merah dan bwg putih
1 sudu teh halba campur
Separuh kelapa perah 200 ml air
500 ml air utk kuah ikot suka yer agak2
1 sudu teh gula


Masukkan 1 peket rempah kari serbuk jintan manis bersama 500 ml air dan masak rempah sehingga mendidih..masukkan kentang dan pisang muda dahulu masak sehingga empuk..masukkan ikan talang..biar mendidih lagi..masukkan santan..buah terung dan mangga muda/belimbing buluh biar mendidih..

Sementara gulai mendidih panaskan minyak tumis bawang merah bawang putih halba campur dan daun kari goreng sehingga garing...

Tuang kedlm periuk gulai tadi ..masukkan cili hijau kacau sebati tutup api...siap..

xpayah garam sbb ikan dah masin..asam pun xperlu sbb dh masukkan buah mangga muda/belimbing ...rasanya secukup masam dan masin... Siap...bon apetikkkk....

Thursday, February 12, 2015

Apam Gebu Eno

Sarapan pagi jumaat ni simple ja..godek2..kukus siap..sedap gebbo mcam tuan dia jugak la...mmm apa boleh buat

Apam Gebu eno

1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh yis mauripan
1 1/2 cawan air suam
*1/2 peket eno berwarna biru*
Kelapa parut digaul sedikit dgn garam

Gaul sebati semua kecuali eno..perap 30 minit atau 40 minit..selepas adunan berbuih last sekali baru masukkan eno kacau2 sebati.warnakan sesukati.
Kukus dlm acuan kecik..selama 10 atau 15 minit..siap...semudah abc
Anggaran kuih boleh dapat 20biji.


Wednesday, February 11, 2015

Spageti Goreng Tomyam

Spageti Goreng Tomyam

Spageti rebus dan toskan gaul dgn sedikit minyak supaya tidak melekat

3 ulas bawang putih dadukan
1 sudu besar pes tomyam
4 ekor sotong
5 butang cendawan shitake
20 helai Daun selasih
1 pokok Daun ketumbar
1 biji tomato dadukan
4 biji cili padi ketuk pecah
1 sudu besar sos ikan
Serbuk cayanne @ serbuk cili
Minyak zaiton utk menumis
1/4 cawan air

Tumis bawang putih sehingga garing masukkan air tomato jgk cendawan masak sehingga hancur buah tomato . Masukkan pes tomyam sos ikan dan sotong .biar kuah sedikit kering baru masukkan spageti gaul sebati tabur daun ketumbar dan daun selasih cili padi .
.siap..hidangkan tabur serbuk cayanne .



Tuesday, February 10, 2015

Kuih Seri Muka

Kuih seri muka...lepas makan muka pun berseri2 gamaknya...

Resepinya
=========
Bahagian bawah
==============
2 cawan beras pulut
2 1/2 cawan santan dr separuh kelapa
1 sudu teh garam

Kukus sehingga masak dan tekan2 pulut bagi kejap dan rata supaya nanti bila tuang kepala tak turun kebawah..

Bahagian atas
============
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 biji telur
2 cawan santan dr separuh kelapa
1 cawan air daun pandan dr 4 helai daun pandan
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau

Masukkan dlm blender..blenderkan sebati
Boleh tuang keatas pulut dan kukus sehingga masak.lebih kurang 20-30 minit
@ boleh jugak masak sekejap adunan biar pekat spt kuah sup pizza hut baru dituang atas pulut pun boleh..kukus 20-30 minit

Nak mudah keluarkan adunan loyang hendakklah dilapik dengan plastik .

Monday, February 9, 2015

Cucur Jawa

Teringat dulu masa kecik arwah tok embun selalu buat  cucur ni utk sarapan pagi..sekali buat banyak2 sampai petang  boleh ukang2 makan..cucu bila datang rumah tok nenek mcm ni la..teringat sampai  sekarang..nasib baik saya sempat belajar buat kuih ni dr arwah tok..arwah tok dulu  pandai memasak.semua dibuat sendiri kalau nak makan apa2...

Cucur jawa gula merah

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah larut
1 1/2 cawan air panas

Gula merah td campur dgn air panas biar larut gula sejukkan sekejap.
Gaul sebati semua..adunan tidak pekat sangat dan tidak cair sangat.Adunan tepung dibiarkan diluar suhu bilik.Jangan simpan dalam peti ais.Paling kurang adunan di perap 4 jam atau 6 jam utk kuih yg cantik atau pun 1 malam.

Masukkan minyak dalam kuali anggaran 1 cawan minyak.Guna senduk sederhana utk ceduk adunan goreng satu2 sehingga garing .Satu adunan ini dapat dalam 12 biji ikot kebesaran senduk yg digunakan.

Sunday, February 8, 2015

SUP CENDAWAN BERKRIM

Sarapan pagi kita ala2 omputeh la...layan jer

Sup Cendawan berkrim

1 sudu besar mentega @marjerin @minyak zaiton
1 sudu besar tepung gandum
1 kiub ayam @ 1 sudu besar secukup rasa
3 sudu besar susu skim dibancuh dgn 1 cawan air suam @1 cawan susu full cream@susu cair tin mana2 suka
2 cawan air utk kuah
Sedikit serbuk mixs herb
6 kuntum Cendawan shitake dadukan atau cendawan dlm tin
1 labu bawang putih dadukan

Panaskan mentega dan bawang putih masukkan tepung gandum kacau sebati goreng sekejap dan masukkan 2 cawan air biar mendidih mskkan kiub ayam mixs herb dan cendawan sehingga mendidih.bila dh semua msk baru masukkan 1 cawan baki susu td kacau2 selalu..rasakan kalau kurang masin boleh tambah garam..siap

Roti bakar bawang putih

3 biji bawang putih tumbuk lumat @ dadukan
2 sudu besar mentega @ marjerin
2 helai daun selasih @ daun ketumbar hiris halus kalau suka
Sedikit mixs herbs
Sedikit lada hitam
Gaul sebati semuanya

Sapu atas roti dan bakar atas pan non stick balik2kan sehingga garing..siap

Roti kentang

resepi roti kentang
============
4 cawan tepung gandum
1 cawan gula-larutkan dlm1 /2 cawan air
1 peket yis mauripan-larutkan dlm 1/2 cawan air suam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bread softener
1 sudu teh bread improver
1 biji telur Gred C
3 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
2 sudu besar susu tepung
2 biji kentang - rebus n lenyekkan
air suam secukupnya utk menguli..
1 biji kuning telur utk sapu atas roti..

cara2nya
======
masukkan tepung gaul bersama marjerin,shortening,kentang,baking powder dll...sebati baru masukkan air gula n yis uli sebati sehingga x melekat ditangan...perap selama 30 minit
uli sekali lagi adunan...sukati nk buat mcm bentuk mcm mana..perap lagi adunan biaq naik sekali ganda...

adunan bun yg dh naik disapukkan kuning telur dan paipkan kastard diatas aduna sukati nk corak mcm mana....bakar 160 selama 15-20 minit sehingga keperangan

resepi kastard
=========
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar marjerin
5 sudu besar gula
1 cawan susu cair
1 biji telur gred C
1 sudu teh esen vanilla

caranya
======
campur suma bahan2 masak secara double boling sehingga pekat dan berkilat....sejukkan.

Thursday, February 5, 2015

Almond cruncy aka Bepang Badam

Almond cruncy

1kg almond flakes
1 peket tepung florenta 500 gram atau bienietta 600gram pilih yg mana suka jenama mana
500 gram biji labu
Bijan hitam utk tabur atas sebagai hiasan

Kertas papermant kertas khas utk almond cruncy xboleh pakai kertas minyak biasa sbb dia akan lekat.kertas khas ini boleh dibasuh dan disimpan diguna berulang kali.

Badam dan biji labu di bakar separuh masak dan sejukkan dahulu.ketepikan

Bila dah sejuk masukkan 1 peket tepung florenta atau bienietta td gaul sebati kecuali bijan hitam.lapiskan atas kertas td biar rata...tabur bijan..
Bakar pada suhu 170c selama 10 atau 15 minit sehingga garing...

selepas keluar dr oven cepat2 potong guna cutter pizza..biar sejuk bru susun dlm tupperware .


Tuesday, February 3, 2015

Pai Apple Hijau

pastri tat
========
3/4 cawan marjerin/mentega
2 sudu besar gula ising
1 biji telur saiz c
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 sudu tepung kastad
Sedikit esen vanilla
Gaul sebati dgn senduk kayu...masukkan dlm plastik rehat doh dlm peti ais 30 minit sebelum dicanai...

Inti epal
=======
7 biji buah epal hijau dadukan kupas kulit
Ni saiz kecil..klu besar 4 biji dh cukup lps digaul dgn air limau kasturi 1 biji utk elak epal sebam..

1 batang kulit kayu manis
3 sudu makan brown sugar
1 sudu makan gula pasir
Secubit garam
1 sudu makan mentega
1 sudu makan tepung jagung

Panas mentega kulit kayu manis dan gula dlm pan non stick..karamelkan..masukkan epal hijau masak sehingga kering air..masukkan 1 sudu makan tepung jagung masak lg sehingga pekat dan kering sedikit...siap sejukkan...

Loyang oles mentega..lapik dgn kertas minyak..
Canai adunan kulit masukkan dlm loyang..kemaskan tepi2 tat.cucuk2 garfu supaya dasar tak kembung bila bakar.

masukkan inti epal..tutup bahagian atas...sukati la nk hias mcm na...cucuk dgn garfu..sapu telur kt atas tat..

Bakar suhu 170c selama 45 minit sehingga keperangan...siap..





Sunday, February 1, 2015

Kerabu Suhun

Kerabu suhun

2 kuntum bunga kantan
Daun selasih
Daun ketumbar
2 biji tomato buang biji
1 labu bawang besar
1 inci halia muda
Suhun rendam dan celur air panas
1 biji cili merah
10 biji cili padi
2 batang serai hiris haluih
*Semua bahan2 ni hiris nipis
Kacang tanah tabur atas kerabu
Ikan bilis goreng tabur atas

utk sos
1 sudu makan brown sugar
3 sudu makan sos ikan
1 sudu makan madu
Garam
1 biji lemon perah ambik airnya
Campur semua tuang atas kerabu td.

Tomyam Udang

Tomyam udang

bahan2
=====
4 batang serai
1 inci lengkuas ketuk2
1 inci halia ketuk2
4 helai daun limau purut carik2kan
2 biji bawang besar
1 biji tomato
5 biji limau kasturi secukup masam
1 peket cendawan/cendawan butang/cendawan inoki mana2 suka
1 batang carrot
6 biji cili padi
2 sudu makan sos ikan
1 cawan susu full krim ducth lady/susu cair/santan/susu segar terpulang suka boleh taruk
Daun ketumbar
Garam

2 senduk kecil pes tomyam

500 gram udang

cara2
====
masukkan 600 liter air biar mendidih masukkan pes cili,air asam kasturi,dan cendawan biar mendidih,masukkan daun limau serai dan bahan2 yg lain..masukkan udang biar mendidih..masukkan garam sedikit..last sekali masukkan daun ketumbar