Google+ Followers

Friday, January 30, 2015

Ayam Kampung Masak Lemak Cili padi

Ayam kampung Masak lemak cili api

1 ekor ayam kampung potong kecil

Bahan blender
6 batang serai..yg lembut blender baki yg atas keras ketuk masukkan dlm periuk .
1 inci halia
Kunyit hidup
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi

300 ml santan pekat
250 ml air
4 biji kentang belah 4
1 helai daun kunyit hiris kecil
1 sudu besar garam
1 sudu teh gula
1 keping asam keping

Tumis bahan blender td sehingga pecah minyak..masukkan ayam dan air biar ayam empuk msk kentang biar kentang masak . Ayam kampung ni ambik masa sikit lembut.
dh semua empuk kentang dan ayam baru masukkan santan ..daun kunyit asam keping biar garam gula biar mendidih sekejap sambil di kacau2 supaya santan tidak pecah minyak...siap

Thursday, January 29, 2015

Kuih Lopis moden

Kuih Lopis

2 cawan beras pulut cuci toskan
1 cawan santan cair dr 1 genggam kelapa
1 1/2 cawan air daun pandan (4helai)
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam

Tanak seperti nasi dlm rice cooker sehingga masak.

Pulut yg dh masak masukkan kedalam bekas contoh seperti cup metrik utk sukat tepung tu ambik yg paling kecik padankan pulut kedalam acuan padat2 keluarkan dan salut dengan kelapa parut...siap mudah ja...

Sirap gula merah
==============
1 cawan gula merah
1 ketul gula kabung
2 helai daun pandan
3 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan air

Masakan sehingga gula cair dan sedikit pekat..tapis air gula merah td sejukkan..siap..

Wednesday, January 28, 2015

Lempeng pisang @ Peknga Pisang

Lempeng pisang @ peknga pisang

8 biji pisang berangan lecekkan
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
Separuh kelapa parut
3 sudu besar gula
Sedikit garam
Sedikit soda bikarbonat
Sedikit baking powder
1 cawan air

Gaul sebati semua...sapu sedikit minyak sendukkan atas kuali atau pan non stick xperlu minyak leperkan sesukati hati...balik2kan sehingga garing...siap boleh boleh cicah dgn kari ikan...



Kari mamak ikan bawal /kembung atau ikan apa2 yg disukai..

1 peket rempah kari campur 1/2 cawan air
1 sudu teh serbuk jintan manis
Bawang merah bawang putih
1 sudu teh halba campur
2 pelepah daun kari
1 biji tomato belah 4
Timun/terung/bendi/ tomato sukati la yer mana2
4 biji cili padi/cili merah/cili hijau mana2 aja
1 1/2 mug air utk kuah
1/2 cawan pekat air asam jawa
1 sudu teh garam
4 ekor ikan kembung

Tumis bawang halba campur daun kari sehingga garing masukkan rempah dan serbuk jintan manis masak sehingga pecah minyak..masukkan 1 1/2 mug air dan air asam jawa garam..biar mendidih masukkan ikan biar sehingga masak..baru msk bendi tomato dan cili padi..siap kari ni tak pakai santan yer..selamat

Tuesday, January 27, 2015

Bihun Goreng Singapore


Bihun goreng singapore
====================
1 peket bihun rendam
Taugeh
2 pokok Sawi pakchoy
Udang sayoq atau sotong
1 batang carrot
2 biji telur goreng hancur
2 batang fishcake
Bawang merah bawang putih
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh lada hitam hancur kasar
1 sudu teh lada sulah
1 sudu makan secukup rasa maggi
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
1 mug air..
3 sudu makan Minyak

Cili padi kicap
============
5 biji cili padi potong kecik
2 sudu makan sos cili
3 sudu makan kicap manis
1 biji limau kasturi
Gaul sebati...siap


Tumis bawang sehingga garing..masukkan 1 mug air..masukkan kesemua sos2...udang fishcake..telur hancur perasakan..secukupnya...masukkan bihun goreng sehingga masak bihun...masukkan sawi dan taugeh gaul lagi...sehingga sayur layu...siap...

Hias dengan bawang goreng dan cili potong..

Friday, January 23, 2015

Sambal tumis petai

Sambal tumis petai

20 biji cili kering rendam air panas
1 labu bawang besar
1 mug air
Blender lumat

600 gram Udang kecil atau besar
8 keping petai sukati la nk kupas kulit atau mcm mana.
1 labu bawang besar hiris bulat
Bawang merah bawang putis utk tumis
1/2 cawan air asam jawa
Garam gula secukup rasa
1/4 Minyak utk tumis
1 mug air utk kuah

Tumis bawang merah putih hingga garing.masukkan cili blender msk sehingga pecah minyak.lps tu udang dan petai 1 mug air dan air asam biar mendidih msk garam gula secukupnya.last bawang besar hiris gaul sebati siap.

Ayam goreng berempah

Ayam goreng berempah

Ayam separuh potong kecik

Bahan blender
4 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci halia muda
2 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar cili blender
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit lada hitam

blender lumat semua bahan ini

1 sudu besar tepung beras
3 pelepah daun kari
1 sudu kecik garam
1 sudu kecil serbuk secukup rasa

Gaul ayam dengan bahan blender tadi dengan tepung beras garam daun kari dan serbuk secukup rasa..perap 2 jam..lagi lama lagi sedap...goreng garing siap




Spageti hotdog

Spageti bolognese daging atau hotdog
==============================
1 tin kecil tomato puri apa2 brand suma boleh
2 biji buah tomato didadu kecik2
4 bijik cendawan butang
1 labu bawang besar dadu
5 ulas bawang putih
1 sudu teh herba spageti
Sedikit daun selasih
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
4 sudu makan minyak zaiton/minyak biasa
Sedikit daging kisar...agak2 nk byk mana
Atau hotdog yg digoreng terlebih dahulu..

Spageti rebus dan toskan

Cara2
======
Tumis bawang besar,bwg putih yg tlh didadukan td...masukkan buah tomato dan masak sehingga hancur isi buah tomato...masukkan daging kisar atau hotdoq biar mendidih masak,

Masukkan 1 tin tomato puri,dan masukkan bahan2 yg lain masak sehingga kuah sedikit pekat...masukkan 1 sudu makan gula dan garam secukup rasa.

Saturday, January 17, 2015

Kuih Cara Manis

Sarapan pagi simple2 ja....kuih cara manis..layan jer 2 3 ketul masuk mulut kenyang ..

Kuih Cara Manis

3 cawan tepung gandum
200 ml santan kotak atau santan biasa
2 cawan air daun pandan
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
1 sudu teh marjerin
1 sudu besar minyak masak
Sedikit pewarna hijau

Blenderkan sebati

*Gula utk inti

Panaskan acuan sapu loyang dengan minyak..masukkan adunan biar separuh masak sudukan gula ke dalam adunan td..tutup adunan td dgn tudung periuk biar kuih garing dan masak..masak dengan api yg sederhana jangan kuat sgt nanti hanggus...siap..

Sebelom nak share cuba rajinkan jari komen ckit sekurang2nya..

Friday, January 16, 2015

Laksa Penang sempoi puya

Laksa Penang
===========
1.5 kg ikan kembung rebus dan perisi isi blender lumat
3 senduk cabai blender campur 1 labu bawang besar ikot kepedasan
2 kuntum bungan kantan
Daun kesum atau daun laksa
3 batang serai ketuk2
1 inci halia ketuk2
1 inci lengkuas ketuk2
1 genggam asam keping
3 liter air utk kuah

Masak cabai sehingga kering masukkan air...dan isi ikan yg siap diblender dan bahan2 lain masak sehingga mendidih..siap..

1 bungkus laksa rebus..laksa dh siap biar rendam dlm air panas td biar kembang menjadi besar dlm 1 jam..baru ditoskan..

Sayur utk laksa
Timun
Daun pudina
Bunga kantan
Cili padi
Telur rebus
Daun salad
Bawang
Limau kasturi

Tuesday, January 13, 2015

Spageti cabonara homemade

Dinner malam ni ala2 hendak mengemokkan diri sendiri...habis diet...

Spageti cabonara

Sedikit spageti rebus bersama garam..toskan

2 batang hotdog gorengkan
3 kuntum cendawan shitake gorengkan
1 sudu tepung gandum
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak zaiton/jagung/biasa
1 labu bawang besar dadukan
3 butir bawang putih dadukan
Daun selasih
1/2 sudu teh mix herbs
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit lada hitam
1/2 cawan susu full cream
1/2 cawan air

Panaskan mentega dan minyak tumis bawang..masukkan 1 sudu besar tepung gandum goreng sekejap..masukkan air..hotdog goreng kacau selalu supaya kuah cantik dan tidak pecah minyak..masukkan mix herbs dan perasakan..msk susu kacau sehingga sedikit pekat bru msk daun selasih...siap...tuang atas spageti..

Maruku Kacang Peas

Maruku kacang peas

2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung kacang peas
1 biji telur
100 ml santan kotak
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin dicairkan
1 1/2 cawan air suam

Campur dulu 1 cawan air dgn gula dan garam larutkan...santan marjerin telur sekali..kacau sebati baru dituang kedlm adunan tepung

Tepung pulut dan tepung kacang peas gaul sebati uli seperti buat buah melaka..kalau keras lagi baru masukkan baki air 1/2 cawan lagi..uli lagi sehingga sebati...

Goreng dlm minyak yg sederhana panas..jgn terlalu panas nnt maruku tak cantik cepat hitam..goreng sehingga garing..siap...

Sunday, January 11, 2015

Roti Benggali

Roti Benggali
===========
1 cawan air suam
1 sudu makan gula
1 sudu makan yis mauripan
1 sudu makan shortening
2 sudu makan minyak zaitun/jagung atau pun minyak masak
2 sudu makan susu tepung
Sedikit garam
Campur sekali rehatkan 10 minit utk yis berbuih.

3 cawan tepung high protein
1 biji telur kocok..bahagi 2 ..1 bahagian utk masukkan dlm adunan roti..1 bahagian lagi utk sapu atas roti..agak dlm 1 sudu besar..

Yis dh berbuih masukkan tepung dan telur kedlm mixer sehingga sebati..perap 15 minit...mixer lagi..perap lag 15 minit ..uli lg dgn mixer...last biar 20 minit...uli lagi...

Bentukkan suka hati...masukkan dlm loyang dan lapik kertas minyak...biar adunan naik 2x ganda dlm 20 minit baru boleh bakar...

Untuk sapuan permukaan roti separuh telur tadi campur dengan 1 sudu besar susu cair..sapu atas doh sebelum dibakar
Tujuan dia utk cantikkan permukaan roti

Suhu oven 170c..selama 20 minit..

Roti yg masih panas selepas keluar dari oven sapu dengan mentega .

Saturday, January 10, 2015

Kari mamak ikan pari @ ketuka

2 peket rempah kari campur 1/2 cawan air
1 sudu teh serbuk jintan manis
Bawang merah bawang putih
1 sudu teh halba campur
2 pelepah daun kari
2 biji tomato belah 4
Kacang bendi
2 biji cili hijau
2 mug air utk kuah
1 cawan pekat air asam jawa
1 sudu teh garam
1 ekor ikan pari potong kecil

Tumis bawang halba campur daun kari sehingga garing masukkan rempah dan serbuk jintan manis masak sehingga pecah minyak..masukkan 2 mug air dan air asam jawa garam..biar mendidih masukkan ikan biar sehingga masak..baru msk bendi tomato dan cili padi..siap kari ni tak pakai santan yer..selamat mencuba

Sotong masak sambal kentang
===============================
3 biji kentang potong kecik
3 senduk makan cili blender
1 senduk air asam jawa
Garam gula
Bawang merah bwg putih utk menumis
Bawang besar utk hiasan
1kg Sotong

Tumis bawang sehingga garing masukkan cili..masak sehingga pecah minyak masukkan air asam...dan sotong bersama kentang sehingga kuah sedikit kering..last mskkan bawang besar ..siap

Friday, January 9, 2015

Puding Biskut Oreo

PUDING BISKUT OREO

1 peket agar 20 gram
1 liter air
1 cawan gula
Masak sehingga agar2 hancur..

1 tin susu cair
1 peket biskut oreo patah2kan
1 peket nescafe
1 sudu makan serbuk koko/milo

Agar2 yg dh masak hancur td masukkan 1 tin susu cair kacau biar mendidih tutup api..bahagi kan 2 bahagian..

1 bahagian biar kosong susu
1 bahagian lagi di campur nescafe dan serbuk koko.

Tuang adunan putih susun biskut oreo..dan sejukkan utk beku..
Kemudian baru di lapis bahagian coklat..biar sejuk dan beku sebelum dikeluarkan...

Wednesday, January 7, 2015

capati homemade

Resepi capati homemade

3 cawan tepung atta
1 sudu kecil marjerin
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air suam

Satukan garam dan air suam..tinggalkan 1 sudu besar minyak..campurkan tepung atta marjerin dan 1 sudu besar minyak dan uli sehingga sebati..dh sebati menjadi doh masukkan 1 sudu besar minyak masak dan uli lagi sehingga sebati..kalau doh keras lagi boleh tambah air sikit2 ok..
Perap 1 atau 2 jam supaya doh lembut dan elastik..

Capati yg dh siap boleh disapu permukaan dengan minyak sapi atau marjerin.ikut suka la yer..utk capati yg lembut lapik capati dengan kertas atau tisu didalam bekas yg bertutup..utk mgelakkan capati menjadi keras bila terkena udara luar.

Kuah sardin sambal

1 tin sardin kecil
2 biji kentang dadukan goreng ketepikan
2 keping asam
1 mug air utk kuah
3 sudu besar cili blender
Bawang merah bawang putih
1 labu bawang besar

Tumis bawang sehingga garing msk cili sehingga pecah minyak..1 mug air biar mendidih masukkan kentang td dan sardin biar kuah sedikit pekat..asam keping bawang besar..siap..

Kari mamak ikan bawal

1 peket rempah kari campur 1/2 cawan air
1 sudu teh serbuk jintan manis
Bawang merah bawang putih
1 sudu teh halba campur
2 pelepah daun kari
1 biji tomato belah 4
Kacang bendi
4 biji cili padi
1 mug air utk kuah
1/2 cawan pekat air asam jawa
1 sudu teh garam
1 ekor ikan bawal belah 2

Tumis bawang halba campur daun kari sehingga garing masukkan rempah dan serbuk jintan manis masak sehingga pecah minyak..masukkan 1 mug air dan air asam jawa garam..biar mendidih masukkan ikan biar sehingga masak..baru msk bendi tomato dan cili padi..siap kari ni tak pakai santan yer..selamat mencuba


Tuesday, January 6, 2015

makaroni goreng

Makaroni goreng

1 mangkok makaroni dlm 150 gram..rebus toskan.

3 sudu besar cili blender ikot kepedasan
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Garam gula secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu teh secukup rasa
2 biji telur
Isi ayam
Bawang merah bawang putih
3 pokok sawi pakchoy
1 batang kecil carrot hiris nipis

Tumis bawang merah bawang putih sehingga garing..masukkan cili blender sos cili dan lain2..dan sedikit air utk lembutkan ayam..

dh kering sos baru masukkan telur 2 biji..gaul sebati..masukkan sayur dan makaroni rasakan secukupnya...gaul2 sebati sehingga sayur layu...siap



Sunday, January 4, 2015

mee goreng sempoi

Mee goreng sempoi

1 bungkus mee

3 pokok sawi pakchoy
Taugeh
3 sudu besar cili blender
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
4 sudu besar sos cili
1 sudu teh sos ikan
garam
2 biji telur
3 batang fishcake
Udang
Bawang merah bawang putih
1 biji tomato dadukan
Minyak utk menumis

Hiasan 1 biji cili merah potong dan bawang goreng.

Tumis bawang merah bawang putih sehingga garing..masukkan cili dan semua rencah yg lain masak sehingga pecah minyak..masukkan telur biar masak kacau2 ckit.

Sblm Masukkan mee basuh dulu mee buang air kapur bilas mcm tu ja bru gaul sebati sehingga masak dan lembut..baru taburkan sawi dan taugeh..goreng sehingga sebati semuanya dan sayur layu baru masukkan tomato..siap hias sesuka hati...

 Ikan talang gulai tumis darat
=======================
10 keping tulang ikan talang rendam utk buang masin ikan...
1 peket rempah kari adabi ikan kering
2 biji kentang
2 biji terung bulat
2 biji mangga muda
2 biji cili hijau
6 biji pisang emas muda
Daun kari
sedikit halba campur
Bawang merah dan bwg putih
Separuh kelapa perah 500 ml air
300 ml air utk kuah ikot suka yer agak2
1 sudu teh gula

Masukkan 1 peket rempah kari bersama 500 ml air dan masak rempah sehingga mendidih..

masukkan kentang dan pisang muda dahulu masak sehingga empuk..masukkan ikan talang..biar mendidih lagi..

masukkan santan..buah terung dan mangga muda biar mendidih.. Sementara gulai mendidih panaskan minyak tumis bawang merah bawang putih halba camput dan daun kari sehingga garing...

Tuang kedlm periuk gulai tadi ..masukkan cili hijau kacau sebati tutup api...siap..xpayah garam sbb ikan dah masin..asam pun xperlu sbb dh masukkan buah mangga muda...rasanya secukup masam dan masin... Siap...bon apetikkkk....

Friday, January 2, 2015

Kita kembali bersiaran setelah lama menyepikan diri..bermula tugas masak memasak setelah lama dapoq xberasap..

Ayam masak sambal
================
Separuh ayam potong kecik goreng garing
2 senduk nasi cili blender
1 labu bawang besar potong bulat
Bawang merah bawang putih dan halia muda utk tumis
Air asam jawa
Garam gula secukup rasa

Tumis bawang dan cili sehingga naik minyak..air asam jawa..dan air utk kuah sesukahati..masukkan ayam rasakan secukupnya..masukkan bawang besar gaul sebati siap..

Ikan mabong sumbat kelapa/paih/bantot
=================================
2 ekor ikan belah belakang garam kunyit
2 genggam kelapa parut
2 sudu besar cili blender
6 batang serai
3 ulas bawang kecik
2 ulas bawang putih
1 helai daun kunyit hiris halus
Sedikit kunyit
Garam gula secukupnya

Blender cili bawang dan serai hingga lumat..masukkan kelapa parut..blender lagi..masukkan kedlm mangkok gaul sebati daun kunyit, serbuk kunyit garam gula secukupnya..sumbat kedlm ikan tadi..balance santan dr kelapa td simpan utk percik atas ikan semasa grill nanti...siap..

Peria goreng telur
==============
1 biji peria belah potong kecik rendam dlm air garam.
Bawang merah bawang putih utk menumis
2 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Garam
Sedikit serbuk secukup rasa
1 cawan air

Tumis bawang sehingga garing..masukkan telur rasakan garam secukupnya..masukkan peria dan 1 cawan air goreng sehingga kering air..siap