Google+ Followers

Wednesday, January 7, 2015

capati homemade

Resepi capati homemade

3 cawan tepung atta
1 sudu kecil marjerin
2 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air suam

Satukan garam dan air suam..tinggalkan 1 sudu besar minyak..campurkan tepung atta marjerin dan 1 sudu besar minyak dan uli sehingga sebati..dh sebati menjadi doh masukkan 1 sudu besar minyak masak dan uli lagi sehingga sebati..kalau doh keras lagi boleh tambah air sikit2 ok..
Perap 1 atau 2 jam supaya doh lembut dan elastik..

Capati yg dh siap boleh disapu permukaan dengan minyak sapi atau marjerin.ikut suka la yer..utk capati yg lembut lapik capati dengan kertas atau tisu didalam bekas yg bertutup..utk mgelakkan capati menjadi keras bila terkena udara luar.

Kuah sardin sambal

1 tin sardin kecil
2 biji kentang dadukan goreng ketepikan
2 keping asam
1 mug air utk kuah
3 sudu besar cili blender
Bawang merah bawang putih
1 labu bawang besar

Tumis bawang sehingga garing msk cili sehingga pecah minyak..1 mug air biar mendidih masukkan kentang td dan sardin biar kuah sedikit pekat..asam keping bawang besar..siap..

Kari mamak ikan bawal

1 peket rempah kari campur 1/2 cawan air
1 sudu teh serbuk jintan manis
Bawang merah bawang putih
1 sudu teh halba campur
2 pelepah daun kari
1 biji tomato belah 4
Kacang bendi
4 biji cili padi
1 mug air utk kuah
1/2 cawan pekat air asam jawa
1 sudu teh garam
1 ekor ikan bawal belah 2

Tumis bawang halba campur daun kari sehingga garing masukkan rempah dan serbuk jintan manis masak sehingga pecah minyak..masukkan 1 mug air dan air asam jawa garam..biar mendidih masukkan ikan biar sehingga masak..baru msk bendi tomato dan cili padi..siap kari ni tak pakai santan yer..selamat mencuba


No comments:

Post a Comment