Tuesday, December 16, 2014

Petang hujan layan roti pun sedap..

Resepinya
=========
3/4 cawan air suam
1 sudu besar yis mauripan segera
1 sudu makan gula
Biar berbuih3 10 minit

3 cawan tepung high protein
2 sudu besar gula
2 sudu makan susu pekat manis
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
2 sudu makan mentega
1 sudu kecil double action baking powder
Campur dlm bowl mixer.

Campurkan adunan td mixer selama 10 minit sehingga elastik..adunan roti ni mmg lembik dan jgn tambah tepung...dan akan melekat2..

Biar doh naik 2x ganda uli lg dgn mixer 10 minit
Ulang lagi biar adunan naik2x ganda uli lagi...sbb nk dptkan tekstur roti yg gebu...dan halus

Semasa nk uli tangan kena taruk minyak suoaya x melekat...bulat2kan sebesar mana dihendakki..loyang sapu mentega...susun adunan biar naik 2x ganda lagi baru tabur badam..kuaci dan bijan hitam...

Roti lemak manis biarkan kosong

Panaskan oven 180c...bakar roti selama 20 minit..sehingga masak dan kekuningan..
Roti lemak manis lps masak kluar sapu mentega diatas roti utk cantikkan permukaan..

Sos buttersocth
==============
1/2 cawan brown sugar
1 sudu makan mentega
1/2 cawan susu cair
Secubit garam
Esen vanilla

Panas pan non stick..karamel kan gula sehingga cair dan keperangan masukkan mentega..garam..dan susu..masak sehingga sedikit pekat..siap

No comments:

Post a Comment